Friday, September 7, 2012

Kanser Perut

 
Bila sakit perut, orang sering mengaitkannya dengan salah makan, perut masuk angin, senggugut, keracunan makanan dan sebagainya.
tapi...bila sakit perut mula berlarutan dan kerap AWAS kerana ia mungkin bukan sakit biasa tetapi petunjuk kepada pesakit kanser perut.

kanser perut berlaku atas beberapa faktor antaranya disebabkan kehadiran sejenis bakteria helicobacter pylori, pengambilan banyak makanan pedas dan berasid yang boleh menyebabkan ulser perut seterusnya kepada kanser. 

Ulser gastrik adalah luka terbuka yang terbentuk di lapisan dalam perut, ia boleh merebak sepanjang tiub esofagus sampai kerongkong. Tanda yang paling utama ulser gastrik adalah sakit perut yang agak ketara.
Sebelum ini, ramai daripada kita percaya bahawa masalah gastrik ini adalah berpunca daripada perubahan cara hidup moden seperti kegemaran makanan yang digoreng dan pedas serta tekanan emosi dan lain-lain lagi.Tetapi sekarang para saintis telah mengetahui bahawa sebenarnya ulcer gastrik lebih berpunca daripada jangkitan bakteria dan pengambilan  beberapa jenis ubat.
Ulser gastrik ini merupakan masalah kesihatan yang agak biasa di kalangan manusia zaman moden, sekurang-kurangnya 15% populasi pernah melalui masalah gastrik ini sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka. Walau pun ulcer gastrik tidak boleh membawa maut secara langsung, tetapi ia mengganggu cara hidup mangsa dan meningkatkan risiko untuk mendapat kanser perut pada masa depan.
 
Punca Ulser Gastrik
Walaupun tekanan emosi dan makanan pedas pernah dianggap sebagai punca utama ulser perut, tetapi kini doktor mengetahui bahawa penyebab masalah ulcer gastrik yang paling utama adalah ialah sejenis bacteria yang digelar Helicobacter pylori (H. pylori).
H. pylori hidup dan membiak di dalam lapisan mukus yang menutupi dan melindungi dinding dalaman perut dan usus kecil. Dalam keadaan yang normal, bakteria H. pylori tidak menyebabkan apa-apa masalah kesihatan. Tetapi apabila keadaan dalaman badan menjadi lebih berasid, ini akan menggalakkan pertumbuhan bacteria H. pylori ini sehingga ia mengancam lapisan mukus perut dan menyebabkan lecuran atau pencederaan dalaman yang digelar ulser gastrik.
 
 
 
Jom sertai kami
Hidup sihat bersama Premium Beautiful
PM Fadhlun
012-2253394

No comments: