Saturday, July 21, 2012

Istimewanya Ramadhan





 Adalah Rasulullah SAW memberi khabar gembira kepada para sahabatnya dengan bersabda, " Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkati. Allah mewajibkan kepadamu puasa didalamnya; pada bulan ini pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para syaitan diikat; juga terdapat pada bulan ini malam yang lebih baik daripada seribu bulan, barangsiapa tidak memperoleh kebaikannya maka dia tidak memperoleh apa-apa (HR Ahmad dan AN Nasa'i)
 
  1. Puasa Hak Allah
    1.  Firman Allah Taala "...Dia  (orang yang berpuasa) meninggalkan syahwat, makan dan minumnya semata-mata kerana Aku. Puasa bagi-Ku dan Aku akan membalasnya." (Riwayat Bukhari)
  2. Dimuliakan Allah
    1. Rasulullah SAW bersabda: Dan bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi disisi Allah SWT daripada bau kasturi." (Riwayat Muslim)
  3. Diampunkan dosa
    1. Nabi SAW bersabda: Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharap pahala daripada Allah SWT, maka akan diampuni dosanya yang lalu." (Riayat Bukhari)
  4. Bulan yang diberkati
    1. Nabi SWT pernah bersabda: Sekiranya umatku mengerti rahsia yang terkandung pada bulan Ramadhan, nescaya umatku akan mengharapkan agar seluruh tahun menjadi bulan Ramadhan.
  Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak.

No comments: