Friday, July 27, 2012

Tips Khatam Membaca Al-Quran 30 juzuk

Bacalah walaupun hanya dengan sepotong ayat
Satu juzuk selalunya mengandungi 20 muka surat
Bacalah: 
4 muka surat selepas Subuh
4 muka surat selepas Zohor
4 muka surat selepas Asar
2 muka surat selepas Maghrib
6 muka surat selepas Tarawikh

  • Tuliskan nombor muka surat setiap kali berhenti membaca di atas kertas kecil yang diselitkan di dalam Al-Quran.
  • Bawalah Quran kecil kemana-mana dan baca setiap kali berpeluang.
  • Bagi pekerja pejabat: gunakan masa sarapan pagi, minum pagi dan waktu makan tengahari untuk membaca.
  • Bagi pelajar: gunakan masa rehat, masa tiada kuliah atau kelas.
  • Carilah sudut-sudut yang tenang seperti di taman atau ruang yang sunyi untuk membaca.
  • Pada hari cuti, gandakan bacaan pada waktu pagi di antara 10 - 12 tengahari. Ramai orang yang berehat sambil menonton tv selain menghabiskan masa dengan tidur pada masa cuti. Alangkah baiknya mencari sudut yang tenang di rumah untuk membaca al-quran.
  • Selalu menjaga wudhu' supaya boleh membaca al-quran pada bila-bila masa.
  • Bagi wanita yang uzur kerana haid, bacalah makna al-quran serta tadabburlah ayat -ayatnya atau melihat tafsir. Ini bermakna kita masih berinteraksi dengan al-quran. Jangan tinggalkan langsung al-quran

ikhsan:
Panitia Pendidikan Islam SKSA

No comments: